Tuesday, 26 February 2013
PemBentuKan IsTilAh MUshaF
Mushaf dalam bahasa melayu bermakna buku atau naskah Al-Quran. Dari keterangan-keterangan yang didapati mununjukkan bahawa nama Mushaf yang digelar kepada Al-Quran itu mula lahir pada zaman Sayyidina Abu Bakar r.a.Ibnu Asytah dalam kitabnya Al-Masahif telah mengeluarkan satu riwayat daripada Musa bin Aqabah daripada Ibnu Syihab berkata : Apabila Al-Quran ditulis dan dikumpulkan di atas kertas,maka berkata Sayyidina Abu Bakar :"Tolong carikan satu nama yang sesuai untuknya."Maka,terdapat sahabat yang mencadangkan nama Assifru.Jawab Sayyidina Abu Bakar :"Nama itu telah digunakan oleh orang Yahudi untuk kitabnya. Mereka tidak menyukai nama itu.Sahabat yang lain berkata pula :"Baik kita menamakannya dengan nama Al-Mushaf,kerana orang Habsyah menamakan kitab mereka dengan nama itu."Lantas mereka semua menyetujui untuk menamakan dengan Al-Mushaf.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment